Ahad, 26 Oktober 2014
Perkongsian Seorang Teman
Dari tak pakai tudung,
Mula memakai tudung,
Dari tudung singkat,
Mula labuhkan tudung,
Dari labuhkan tudung,
Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah,
Mula ditutup baju lengan panjang,
Dari ditutup dengan baju,
Mula pakai sarung tangan
Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.
ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
YANG PALING PERIT ADALAH,
bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
Lagha sini sana.
Kpop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.
Sedangkan,
Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.
Orang yang memandang itu tak tahu.
Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh.
Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar
Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang kadang terpesong dari landasannya.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabah lah muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita
Allah telah menjaga kita
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita
Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.
Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.
Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa2 nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.
Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?
Sebab kadang kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.
In sha Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..
Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.
Betul.
Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
Deal?
Senyum.
Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini"
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Dan untuk insan lain yang bergelar hamba Allah yang juga manusia biasa.
Sebagai manusia punya rasa yang sama,
Bila muslimah itu salah dalam langkahnya,
Jangan lah melabel dia hina hanya kerana imej yang dia bawa.
"Pakai tudung labuh je lebih.. "
"Tutup semua konon.. padahal.. "
Tudung labuh itu tak berdosa.
Tudung itu amanah Allah padanya.
Tudung labuh itu tak bersalah atas dosa yang dia lakukan.
Jika dia berdosa, salahkan dirinya.
Bukan tudung yang ada di kepalanya.
Tolong,
Jangan salahkan tudungnya.
Jangan salahkan imej yang dia bawa.
Kerana Itu soal akhlaknya.
Imej yang dia bawa itu sempurna.
Cuma dia yang tidak pernah sempurna.
dia yang tak lari dari berbuat dosa.
Jangan lah dianggap dia sempurna tanpa cela.
Jangan expect terlalu tinggi.
Kerana dia juga baru ingin merubah dirinya.
Terlalu besar tanggapan dan harapan padanya.
Cuba belajar menerima mereka.
Jika kamu tidak mahu terima perubahan dia,
Jangan lah kamu menghina imej yang dia bawa.
Kerana dia berusaha menjaga amanah Allah padanya.
Muslimah bertudung labuh tertutup sempurna itu juga manusia biasa
Dan untuk mu muslimah,
Jangan gentar bila ada yang mengeji.
Mencaci.
Memaki.
Dugaan.
Ujian.
Tak semua orang akan suka perubahan kamu.
Tak semua orang akan senyum dengan pakaianmu.
Tak semua orang akan bahagia melihat akhlak dan perubahanmu.
Ingat satu.
Penilaian itu semua Allah yang tahu.
Kita tak tahu.
Mereka juga tak tahu.
Kerana mereka juga manusia sepertimu.
Jadikan mereka kekuatan untuk terus melangkah.
Bukan alasan untuk kamu rebah.
Ini namanya medan.
Medan perjuangan menuju jannah.
Menuju redha Allah.
#nasihat buat dri dn kwn...
Selasa, 21 Oktober 2014
Penghijrahan sangat indah!! 🌹👍
Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menjalankan segala perintah daripada Allah s.w.t di atas muka bumi ini...
Setelah hampir 2 tahun aq tidak bergiat aktif dalam blog ini kini aq kembali sebagai orang yang sama tapi in shaa Allah dgn perwatakan yang berbeza...
Segala pujian kepada yang maha esa atas nikmat sihat tubuh badan dan rezeki yang telah dikurniakan kepadaku.
Selama ini telah banyak yang aq pelajari untuk menjadi seorang yg lebih baik dari dulu.. Alhamdulillah dengan berkat usaha dan kesungguhanku Allah telah permudahkan urusanku.
Khamis, 23 Februari 2012
Exam oh Exam..!!!!!!
exam dah dkt dah.. ... target 5a ttp x tau nak target ape tp yg pst:
mat ,,, mt,, bm,,, sn,,, pa.. hahahahh ;
hahah ade lg psi n pqs... hhuhuhu.. 11 a spm omg...
mat ,,, mt,, bm,,, sn,,, pa.. hahahahh ;
hahah ade lg psi n pqs... hhuhuhu.. 11 a spm omg...
Jumaat, 23 Disember 2011
me & My sisTer..
kakyuyu: adik aq rase kan die ni nak ejas kau rrr..
adik: ye ke.. mane ade kite orang kwn je lah..
kakyuyu: ye ke ni asyik tny sal kau je..
adik: ahahh.. ade ke orng nak kat adk nim.. haha.. kalau ade mjr rr... tapi yg penting bljr lu...
adik: ye ke.. mane ade kite orang kwn je lah..
kakyuyu: ye ke ni asyik tny sal kau je..
adik: ahahh.. ade ke orng nak kat adk nim.. haha.. kalau ade mjr rr... tapi yg penting bljr lu...
reSulT!!!... luv u!!
Alhamdulillah dapat 4A 5B... syukur... tapi kakak yg ambik sbb duk kat kl..
A:Bahasa Melayu
Kemahiran Hidup-ERT
Sains
Mathematics..
B:Pendidikan Islam
Bahasa Inggeris
Sejarah
Bahasa Arab
Geografi...
tapi kakak ckp yg b tu sume nye cemerlang tu yg frust 2.. tapi x pe lah SPm kan ade lg...
jgn risau... try hard.. u can Girls...
A:Bahasa Melayu
Kemahiran Hidup-ERT
Sains
Mathematics..
B:Pendidikan Islam
Bahasa Inggeris
Sejarah
Bahasa Arab
Geografi...
tapi kakak ckp yg b tu sume nye cemerlang tu yg frust 2.. tapi x pe lah SPm kan ade lg...
jgn risau... try hard.. u can Girls...
Ahad, 27 November 2011
deMaM!!!
huhuhu..arie nim dah plan leklok dah nak g kl..tapi tetiba pulak demam..x tau lah..kalau kira aq lah yg plng susah demam dlm family nim..uurrmmm..nak wat cam ne g lain kali je lah..huhuhu..so sad..
Rabu, 2 November 2011
tHinK of hiM!!
huh...aq rase malas dah nak g sklh..x nak tgk dah muke die 2...wat sakit hati je... kawan baik sndr main tikam blkng eeii..x nak lah..huh.. kdng2 nak jugak pegi sklhtp tibe2 mood hlng..aentah lah..aq pon x tau..ase nak marah x leh..nnt cpt tue walaupun umur dah nak tuie..ahhhahhaa...
aq nx tau lah hajat nye nak g kl plak nak release tension kat sane lagi best.. x de orng kacau..lain lah kalau kat sini..ramai yg knl lau kat sane x de alh sngt...huh..
x tau lah nak wat pe dah...x leh nak lupekan die..i try..but... xleh jgk aq x leh lupekan die..aq dah cube btl lah ape yg pepatah ckap...
"IT TAKES A SEC0ND TO KNOW S0ME0NE,IT TAKES A MINUTE T0 LIKE S0ME0NE...IT TAKES AN H0UR T0 L0VE S0ME0NE BUT IT TAKES THE REST 0F Y0UR LIFE T0 F0RGET Y0UR L0VED 0NES..."
huh..btl lah...2 jelah luahan hatiku untk hari ni...assalammualaikum...
aq nx tau lah hajat nye nak g kl plak nak release tension kat sane lagi best.. x de orng kacau..lain lah kalau kat sini..ramai yg knl lau kat sane x de alh sngt...huh..
x tau lah nak wat pe dah...x leh nak lupekan die..i try..but... xleh jgk aq x leh lupekan die..aq dah cube btl lah ape yg pepatah ckap...
"IT TAKES A SEC0ND TO KNOW S0ME0NE,IT TAKES A MINUTE T0 LIKE S0ME0NE...IT TAKES AN H0UR T0 L0VE S0ME0NE BUT IT TAKES THE REST 0F Y0UR LIFE T0 F0RGET Y0UR L0VED 0NES..."
huh..btl lah...2 jelah luahan hatiku untk hari ni...assalammualaikum...
Langgan:
Catatan (Atom)